Announcement

Bintang Cilik GM Raya
Bintang Cilik GM Raya

Keluarga anda mempunyai kanak-kanak yang pandai menyanyi? Jangan sia-siakan bakat mereka! Hantar mereka untuk sertai Bintang Cilik GM Raya sempena acara RiOOOH Raya GM Klang 2017 pada 8 Julai nanti.

Cara penyertaan:

1)      PM video nyanyian mereka ke Facebook kami, ‘GM Klang Wholesale City’ sekarang, sebelum jam 11.59 malam, 20 Jun 2017.

2)      Durasi video adalah tidak melebihi 1 minit.

3)      6 finalis akan dipilih dan diumumkan pada 23 Jun 2017 di Facebook ‘GM Klang Wholesale City’ dan seterusnya akan bertanding pada 8 Julai nanti semasa berlangsungnya RiOOOH Raya GM Klang 2017.

Terma dan syarat:

1)      Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 7-12 Tahun

2)      Video nyanyian berdurasi 1 minit  mestilah dihantar melalui ‘PM’  ke Facebook rasmi ‘GM Klang Wholesale City’ untuk penyertaan sebelum jam 11.59 malam, 20 Jun 2017.

3)      Peserta hanya perlu menyanyikan sebuah lagu sahaja. Pemilihan lagu adalah bertemakan raya.

4)      Audio rakaman boleh dilakukan dengan atau tanpa muzik dan suara nyanyian mestilah jelas.

5)      Berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata sewaktu rakaman video.

6)      Hanya finalis yang layak ke peringkat akhir akan dihubungi dan diumumkan secara rasmi di Facebook rasmi ‘GM Klang Wholesale City’.

7)      Keputusan juri pertandingan adalah muktamad. Sebarang bentuk bantahan sama ada lisan & tulisan tidak akan dilayan.

8)      Pihak Pusat Pemborong GM Klang berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi terma & syarat yang telah ditetapkan.

 

Hadiah-hadiah:

Juara                     : Wang tunai RM350 + Hamper bernilai RM150 + Trofi + Sijil Penyertaan

Naib Juara           : Wang tunai RM250 + Hamper bernilai RM100 + Trofi + Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga  : Wang tunai RM150 + Hamper bernilai RM80 + Trofi + Sijil Penyertaan

3 x Saguhati        : Wang tunai RM80 + Hamper bernilai RM50 + Trofi + Sijil Penyertaan

Back
Top