Announcement

Pertandingan Kad Raya Paling Kreatif
Pertandingan Kad Raya Paling Kreatif

Kami mencari keluarga atau geng kawan-kawan yang ‘sporting’ untuk mereka kad raya paling kreatif sempena acara RiOOOH Raya GM Klang yang akan berlangsung pada 8 Julai nanti!

Cara penyertaan:

1)      Peserta perlu mengisi borang pra - pendaftaran di http://gmklang.com/kadrayapalingkreatif.html atau boleh kunjungi terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan Pusat Pemborong GM Klang yang terletak di tingkat 1, Blok A.

2)      Pra - pendaftaran akan ditutup pada 11.59pm, 30 Jun 2017 atau selepas cukup 16 kumpulan berdaftar.

3)      Semua kumpulan yang sudah mendaftar untuk pra-pendaftaran perlu menghadirkan diri ke Pusat Pemborong GM Klang pada 8 Julai 2017 (Sabtu), jam 11 pagi untuk persediaan pertandingan.

4)      Satu kumpulan memerlukan minimum 2 orang dan maksimum 4 orang.

 

Terma dan syarat

Semua terma dan syarat untuk pertandingan ‘Kad Raya Paling Kreatif’ ini ada disebutkan di dalam borang pra-pendaftaran. Sila rujuk borang tersebut untuk maklumat lanjut.

 

Hadiah-hadiah:

Hadiah utama untuk Kad Raya Paling Kreatif: RM400 Tunai + Hamper bernilai RM150

Hadiah Istimewa (2 kumpulan): RM200 Tunai + Hamper bernilai RM100 setiap kumpulan

Hadiah Saguhati (5 kumpulan): Hamper bernilai RM80 setiap kumpulan

* Setiap kumpulan akan menerima cenderahati berserta sijil penyertaan.

Back
Top