5,000 lot kedai di GM Klang pada 2023 5 April 2015
  • KLANG 5 April – Kira-kira 5,000 lot kedai bakal disediakan kepada para pengunjung ke pusat pemborong, GM Klang di Taman Botanic di sini apabila semua fasa pembinaan siap sepenuhnya seawal 2023. Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd., Datuk Lim Seng Kok berkata, dengan siapnya semua fasa juga secara tidak langsung dapat menyediakan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk berhampiran. Menurutnya, pulangan hasil juga akan menjadi berlipat kali ganda berikutan pada tahun lalu sahaja dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion diperolehi oleh para peniaga di kompleks berkenaan.


    Attachment Files
Top