Event
Terma & Syarat:
1. PERADUAN
- Peraduan bermula 13 April 2021 hingga 9 Mei 2021 (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar tempoh penyertaan adalah tidak sah.
- Sila baca terma & syarat peraduan ini dengan teliti. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi terma & syarat ini.
2. KELAYAKAN
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah.
- Pekerja, Pemborong, Staf Pengurusan dari Pusat Borong GM Klang, anak syarikat dan ahli keluarga staf yang terdekat tidak layak menyertai Peraduan ini.
- Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa peserta tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan bagi Peraduan ini.
3. MEKANISME PERADUAN
- Peserta Peraduan perlu imbas kod QR Peraduan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Pusat Borong GM Klang dan isi borang untuk meneka jumlah ketupat.
- Lengkapkan butiran anda, jawab jumlah tekaan, dan klik pautan yang terdapat di dalam borang untuk dikongsikan di laman Facebook anda.
4. DUIT RAYA & PENEBUSAN
- 21 pemenang akan diumumkan bagi peraduan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat atau hampir tepat dan mengikut syarat yang ditetapkan.
- Setiap peserta yang dipilih sebagai pemenang akan dihubungi oleh pihak Penganjur.
- Peserta perlu mengemukakan bukti pengenalan semasa atau sebelum penebusan hadiah kepada pihak Penganjur untuk tujuan pengesahan penyertaan peserta / pemenang. Bukti pengenalan yang diterima ialah dalam bentuk berikut sahaja : Kad Pengenalan/Passport/Lesen Memandu Malaysia yang sah.
- Setiap pemenang yang terpilih hanya berhak untuk memenangi satu (1) Duit Raya di keseluruhan tempoh Peraduan.
- Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah duit raya bagi pihak mereka hendaklah memastikan wakil mengemukakan surat wakil kuasa yang ditandatangani oleh pemenang, dan salinan kad pengenalan pemenang.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan duit raya yang telah diambil dan ditebus oleh pemenang.
- Pemenang tidak dibenarkan untuk memindah hak milik kemenangan kepada individu lain, dan tidak dibenarkan untuk memohon pertukaran hadiah dalam bentuk barangan.
- Jika pemenang tidak memberikan maklum balas dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman dan makluman dibuat, maka hak-hak yang dimenangi oleh pemenang tersebut akan dibatalkan dan pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang lain.
- Pemenang dengan ini memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti lain yang berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang pampasan atau keperluan untuk pemberitahuan terlebih dahulu kepada pemenang atau peserta.
5. HAK PENGANJUR
- Penganjur berhak menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak menepati syarat atau mengikuti kriteria Peraduan yang telah ditetapkan.
- Penganjur berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini atas sebab-sebab tertentu tanpa notis terlebih dahulu.
6. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
- Semua kos atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Pemenang berhubung dengan Peraduan ini atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang semata-mata, manakala penganjur dan pihak lain yang berkaitan tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab bagi perbelanjaan ini.
- Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan, terma & syarat dan penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
- Semua hadiah mesti dituntut dari Penganjur dalam tempoh yang dimaklumkan. Hadiah yang tidak dituntut dalam jangka masa yang ditetapkan akan dibatalkan.
- Pengumuman Pemenang akan dibuat di platform media sosial rasmi Pusat Borong GM Klang.