Event
2023 PERTANDINGAN TARIAN RIOOOH RAYA GM KLANG
1) PENGANJUR
Pusat Borong GM Klang
Dengan Kerjasama: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Selangor
2) TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh : 14 Mei 2023 (Ahad)
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : GM Klang, Klang, Selangor
SILA BACA SYARAT & BUTIRAN PERTANDINGAN SEBELUM MENGISI BORANG :-
3) SYARAT PENYERTAAN
- Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja;
- Penyertaan setiap kumpulan adalah minimum seramai 6 orang dan maksimum 8 orang;
- Peserta terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja;
- Setiap kumpulan untuk satu penyertaan dan yuran pendaftaran adalah RM100.00;
- Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan bagi Kumpulan yang menarik diri di saat akhir;
- Yuran pendaftaran hanya perlu dibayar oleh kumpulan-kumpulan yang tersenarai ke peringkat akhir sahaja;
- Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kumpulan sahaja;
- Setiap penyertaan WAJIB mengisi borang ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 Mac 2023 sebelum jam 5.00 petang;
- Tarikh tutup penyertaan pada 3 MAC 2023;
- Hanya 10 kumpulan yang berjaya diperingkat penilaian LAYAK ke peringkat akhir pada 14 Mei 2023 (Ahad); dan
- Sebarang kerosakan, kehilangan barang-barang, kecederaan, kemalangan peserta semasa dan selepas tamat pertandingan adalah tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
4) KONSEP TARIAN
- Konsep persembahan terdiri daripada dua : Tradisional dan Kontemporari yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri
- Pergerakan adalah bebas TETAPI harus berunsurkan budaya masyarakat Malaysia
- Props boleh digunakan mengikut kesesuaian persembahan tarian tetapi tidak boleh yang berbahaya (tajam dsb);
- Setiap kumpulan WAJIB mempersembahan tarian dalam lingkungan masa 4 hingga 8 minit (merangkumi kedua-dua konsep tradisional & kontemporari tersebut); dan
- TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama.
5) LAGU/MUZIK IRINGAN
- Lagu atau muzik iringan untuk persembahan tersebut mestilah berunsurkan Raya dan boleh berbentuk medley yang terdiri daripada lagu lama dan baru atau gubahan baharu
- Lagu komersial dibenarkan
- Lagu atau muzik iringan hendaklah dihantar menggunakan Google Drive sahaja (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan) dalam format MP3; dan
- Lagu iringan hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pertandingan dijalankan.
6) PAKAIAN / AKSESORI
Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah sopan dan bersesuaian dengan konsep tarian Tradisional dan Kontemporari yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri.
7) CARA PEMARKAHAN
- Teknik tarian dan koreorgafi - 35
- Koordinasi muzik dan gerakan - 20
- Pecahan tari dan pola lantai - 15
- Kesantunan - 15
- Busana dan tatarias - 15
- MARKAH PENUH = 100
8) PENGHAKIMAN
Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
9) HADIAH-HADIAH
JOHAN: Wang Tunai RM3,000.00 berserta hamper iringan
JOHAN: Wang Tunai RM3,000.00 berserta hamper iringan
NAIB JOHAN: Wang Tunai RM2,000.00 berserta hamper iringan
KETIGA: Wang Tunai RM1,000.00 berserta hamper iringan
BUSANA & TATARIAS TERBAIK: RM500.00 berserta hamper iringan
SAGUHATI TEMPAT KE-5 HINGGA KE-10: Wang Tunai Sebanyak RM300.00 berserta hamper iringan