Announcement

Majlis Pecah Tanah Bulatan Seratus
Majlis Pecah Tanah Bulatan Seratus

Naiktaraf Bulatan Seratus, Satu Lagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat oleh Pusat Pemborong GM Klang

 

(12 Disember, Klang) – Bulatan Seratus bukanlah bulatan yang asing lagi bagi penduduk tempatan bandar Klang. Terdapat banyak sejarah bandar Klang yang boleh dikaitkan dengan Bulatan Seratus ini. Suatu ketika dahulu, bandar Klang dikira bermula dari Bulatan Seratus ke Sekolah Menengah Tinggi Klang di utara hingga ke Simpang Lima di Klang Selatan manakala kawasan yang selebihnya pula dianggap sebagai pinggiran bandar.

 

Sebagai salah satu initisiatif untuk mengeratkan kerjasama di antara sektor swasta dengan pihak kerajaan dalam memartabatkan bandar Klang sendiri sebagai satu destinasi perlancongan terkenal,  Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah memberi kepercayaan kepada pihak Pusat Pemborong GM Klang untuk menaiktaraf dan memulihara Bulatan Seratus menerusi program tanggungjawab sosial korporat.

 

Penganugerahan Bulatan Seratus sebagai kawasan angkat kepada Pusat Pemborong GM Klang ini adalah satu tanggungjawab yang dipandang serius buat Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, iaitu YBhg. Dato’ Lim Seng Kok. Menurut beliau yang ditemui semasa berlangsungnya Majlis Pecah Tanah Bulatan Seratus, “Pusat Pemborong GM Klang sangat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh Yang Dipertua MPK, YBhg. Dato’ Hj Mohamad Yasid Bin Bidin dan bersedia bekerjasama dengan pihak MPK untuk menaiktaraf dan memulihara Bulatan Seratus. Perancangan naiktaraf ini sebenarnya telah bermula beberapa bulan yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aspek seperti konsep rekaan dan faktor keselamatan (dengan nasihat Jabatan Kerja Raya) telah dipertimbangkan secara menyeluruh sebelum kami ke proses seterusnya. Pada hari ini, setelah majlis pecah tanah, kami akan memulakan proses pembinaan dan ia dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung bulan Mac 2018”

 

Majlis Pecah Tanah Bulatan Seratus ini telah dirasmikan oleh Dato’ Hj Mohamad Yasid Bin Bidin, Yang Dipertua MPK, disaksikan oleh Ketua-ketua Jabatan MPK, ahli-ahli Majlis, pihak JKR, Dato’ Lim Seng Kok, pihak media dan tetamu-tetamu jemputan yang lain. Para jemputan turut didedahkan kepada gambaran Bulatan Seratus selepas dinaiktaraf (lakaran artis) yang mengetengahkan konsep kehijauan. Antara ciri baru yang akan dilihat di Bulatan Seratus selepas dinaiktarafkan adalah bunga rasmi Klang iaitu Ruellia Brittoniana.  

Back
Top