Blok B GM Klang buka 1 November
30 October 2016
-
PUSAT Pemborong GM Klang meluaskan lagi empayar perniagaannya dengan pembukaan satu lagi blok bangunan baharu iaitu Blok B pada 1 November ini. Blok baharu itu dibuka secara berperingkat bermula dengan tingkat satu hingga tingkat empat pada 1 November dan diikuti zon antarabangsa di tingkat lima pada Disember nanti. Bermula tahun hadapan, dua tingkat lagi bakal dibuka iaitu tingkat bawah pada Februari 2017 dan tingkat enam pada pertengahan 2017, sekali gus melengkapkan Blok B secara keseluruhannya. Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata, rancangan pembukaan secara berperingkat dibuat sebelum pembinaan bangunan dimulakan bagi memastikan operasi pengurusan lancar.
Attachment Files